Hari ini ulangkaji di PTSL. Perut mula lapar bila buka buku. Aku dan seorang kawan pergi ke KIOSK berhampiran perpustakaan. Masa itu datanglah beberapa mahasiswa beruniform Jabatan Pertahanan Awam. Terdetik dihati aku mengingati semasa aku masih dibangku persekolahan. Aku bukanlah seorang pelajar yang terbaik dalam pelajaran,namun dalam badan beruniform boleh dikatakan baik. Dari seorang kadet biasa kepada Sarjan Mejar. Tubuh aku bukanlah seperti Inspektor Haris seperti dalam cerita Gerak Khas di TV 2. Suatu hari aku telah dipanggil oleh seorang cikgu disiplin, ia juga cikgu penasihat Kor Kadet Polis. Dia bagi aku sekeping surat. Aku menjadi cuak dan terpingga-pingga. Persoalan mula timbul. Aku kena buang sekolah ke? Aku kena gantung sekolah ke? aku rasa tak buat salah kecuali datang lewat ke sekolah. Kepala aku dah terbayang gelaplah masa depan aku kalau kena buang sekolah. Aku nak cakap bagaimana kepada ma dengan abah. Tapi tiba-tiba perasaan riak aku datang, tak kan cikgu nk buang sekolah. Aku kan ketua pelajar sekolah. Aku pun buka surat itu dan baca secara perlahan-lahan dimeja cikgu tadi. Rupa-rupanya surat daripada Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bahagian Kor Kadet Polis. Dalam surat itu menyatakan bahawa aku telah dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Sarjan Mejar. Siapa tak suka dengan jawatan itu. Cikgu itu mengarahkan aku supaya menyerahkan jawatan sarjan itu kepada seorang kawan aku. Pada keesokkan hari, aku pergi ke sebuah kedai ynag menjual barang-barang beruniform untuk membeli lencana (pangkat) baru.
Hari rabu merupakan hari dimana semua pelajar berpakaian mengikut badan beruniform. Aku pun memakai lencana baru itu. Kawan-kawan aku semua berasa pelik sebab tidak pernah aku memakainya. Apa yang paling dibanggakan lagi hanya 3 orang sahaja yang boleh pakai lencana ini dalam Kor Kadet Polis. Tubuh yang kecil tidak menghalang aku untuk terus berjaya sehingga sekarang aku masih ingat kata-kata aku itu. Namun perkara ini telah 5 tahun berlalu tapi masih segar diingatan.


Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny