Sabtu, 14 Disember 2013

SG. Gadut ke KL Sentral !!!

Seperti “Kijang Masuk Kampung” itulah ungkapan pertama kami 4 sahabat yang datang dari Kelantan. Hendak ke Kuala Lumpur untuk membeli laptop kerana baru sahaja mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengenali mereka ini semasa Minggu Mesra Pelajar. Aku memberitahu mereka yang aku ingin membeli sebuah laptop dan Alif mencadangkan supaya membelinya di Kompleks Low Yat. Pada cuti minggu itu, kami berempat Aku, Alif, Roy dan Amar telah menaiki bas Rengit ke KTM. Apabila sampai di stesen KTM, kami saling tolak-menolak, bukan berebut nak beratur tapi tidak tahu cara untuk membeli tiket dan stesen manakah sepatutnya aku turun selepas ini. Aku jugalah kena beranikan diri untuk bertanya semasa membeli tiket.
            Tiba-tiba datang sebuah keretapi dan tertulis dipapan kenyataannya                 ( SG.GADUT). Aku dan yang lain tidak naik keretapi itu, sebab ia menuju ke Sg. Gadut. Keretapi itu meneruskan perjalanannya dan kami setia menunggu keretapi yang menuju ke KL Sentral. Hati aku ini terdetik mencari sesuatu, aku melihat suatu papan seperti lalaun perjalanan keretapi. Aku tergelak seperti orang tak betul di stesen KTM itu, nasib baik tidak ramai orang sangat kerana mereka yang lain dah sampai ke destinasi. Yang aku gelakkan ini adalah kerana keretapi yang menunjukkan Sg. Gadut merupakan laluan ke KL Sentral juga. Aku memberitahu kepada mereka yang sebenarnya kita ini dah ketinggalan keretapi, bukan ketinggalan tapi tak nak naik awal. Rasa tergelak ini terus-menerus sehingga kami menaiki keretapi menuju KL Sentral. Apabila sampai di KL Sentral tidak jumpa pintu keluar daripada stesesn itu. Habis kawasan kami tawaf, akhirnya dapat juga ditemui. Itulah pengalaman yang paling mencuit hati kami bersama sampai sekarang.

Stesen KTM, UKM











PROGRAM SMART IBADAH


Program ini dijalankan di kolej sahaja, namun bukan tempat menjadi ukuran tetapi pengisiannya terhadap aktiviti tersebut. Program ini lebih menfokuskan terhadap pengurusan jenazah. Program ini berlangsung selama 2 hari. Dalam program ini kami telah diberi ceramah tentang hadis dan pendapat para ulamak tentang pengurusan jenazah ini. Sebagai mahasiswa, tidak lengkap ilmunya jika ilmu tentang pengurusan jenazah ini tiada dalam hidup.

  Hari Pertama Program ia lebih kepada ceramah dan sesi soal jawab Pada hari kedua itu barulah program secara amali. Aku telah dipilih menjadi model jenazah lelaki. Aku telah dimandikan dan kafankan tetapi tidaklah dimandikan keseluruhan. Sahabat aku, Amar menyatakan pada aku, bagaimana merasakan duduk dalam kain kafan sambil tergelak. Perasaan aku juga berdebar-debar dan berfikir suatu hari nanti aku akan kafan dan dimandikan oleh orang. Program ini di akhiri dengan penyampaian sijil dan sedikit jamuan. Aku menyertai program ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu aku dalam keagamaan supaya aku menjadi anak yang boleh memandikan, mengkafan dan menyembahyangkan ahli keluarga aku suatu hari nanti. 



PROGRAM ONE MALAYSIAN STUDENT VISIT FOR SOCIETY.

Rumah Seri Kenangan Cheng merupakan destinasi pilihan program kemasyarakatan kami seterusnya. Perjalanan ini mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kampung Cheng di Melaka. Segala persediaan untuk progra telah disiapkan terlebih awal sehari sebelum program dilaksanakan. Pada mulanya perjalanan kami tergendala disebabkan pemandu bas tidak mengetahui jalan untuk ke sana dan kami terpaksa menggunakan GPS bagi menunjukan jalan ke Kampung Cheng. Telah sampai kami semua AJK telah bertungkus-lumus menyiapkan dewan bagi majlis perasmian dan perlaksanaan program pada hari ini. Pandangan ertama aku melihat beberapa warga emas sedang berbual di sebuah pondok sambil menghembuskan asap rokok. Aku ditugaskan sebagai timbalan setiausaha dan pemerhati kepada kelancaran program ini, kerana program ini disertai pelajar tahun 1.
Foto Kenangan 
            Setelah mendengar taklimat daripada pegawai pusat tersebut barulah kami dibenarkan memasuki asrama penghuni rumah Cheng ini. Hati aku berdebar-debar dan tersentuh dengan keadaan warga emas ini. Ada yang terlentang di katil, ada yang tidur di lantai dan ada juga sedang melipat baju. Tubuh badan mereka ada yang sangat kurus dan bongkok. Terdetik dalam hati aku ini, Ya Allah, Jauhlah aku daripada membuat perkara ini kepada kedua ibu bapaku. Suasana asrama ceria, namun bau mungkin tidak menyenangkan, tetapi tidak menganggu aku untuk menjemput mereka ke dewan utama bagi yang mampu berjalan dan berkerusi roda untuk menyertai program yang kami buat khas untuk mereka. Semasa menjemput mereka kami memperkenalkan diri serta memberi hadiah sebagai tanda kenang- kenangan. Dalam progaram ini kami telah mendapat satu ucapan perasmian dan motivasi daripada warden di sini. Kalau tidak menangis masa itu bukanlah orang rasanya sebab tidak ada akal dan perasaan untuk berfikir. Paling tersentuh apabila salah seorang penghuni ini mempunyai 8 orang anak dan semua mereka tidak sanggup menjaganya kerana tua dan menyusahkan mereka.


Kami juga membuat aktiviti menghias kek serta menyampaikan sebuah lagu nasyid “ Keluarga Bahagia”. Pertandingan hiasa kek ini memberi peluang kepada semua warga ini mengingatkan kembali memoir bahagia pada zaman dahulu. Majlis di akhiri dengan pemotongan kek bersama peserta dan warga penghuni. Sebelum berpisah kami bersalam- salaman dan menghantar mereka ke asrama mereka semula. Akhir sekali, Ya Allah jauhilah aku daripada menjadi anak derhaka dan semoga aku menjadi anak yang soleh serta menghargai jasa kedua ibu bapa.








Penggerak Program















PROGRAM PERMATA HARAPAN BANGSA BERSAMA MAHASISIWA

Program ini dilaksanakan selepas dua bulan aku berada di UKM sebagai mahasiswa. Aku telah menyertai Kelab Kerohanian dan Sivik, Kolej Ibrahim Yaakob. Program ini merupakan program pertama bagi semesta pertama. Aku bertuah kerana pelajar tahun pertama yang berjaya menyertai program ini. Program ini bertujuan memberi perkongsian ilmu dan menanamkan azam kepada peserta program yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud, Besut, Terengganu.

Foto Kenangan Program
Kami bertolak dari UKM pada hari Khamis malam jumaat. Kami seramai 35 orang telah siap sedia dan barang-barang untuk program juga telah lengkap untuk dibawa. Bas tiba jam 9 malam dan kami memasukan semua barang-barang ke dalam bas dan sebuah van. Semasa dalam perjalanan kami telah lalui jalan yang berliku-liku naik turun bukit di daerah Pahang dan selatan negeri Kelantan. Jam 5 pagi, kami telah singgah disebuah masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk program pertama kami pada pkul 8 pagi. Dalam program ini aku telah dipertanggungjawab menjadi pengacara majlis serta pengarah sukan dan riadah. Antara program yang diselitkan antaranya latihan dalam kumpulan, ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan pelbagaian lagi aktiviti. Selama 2 hari 1 malam kami berada disana walaupun terlalu singkat, tapi ia meninggalkan kesan dan pengalaman terutamanya bagi aku merupakan program pertama semasa menjadi mahasiswa di universiti. 














Khamis, 12 Disember 2013

KECELAKAAN

Sinaran matahari mula melabuhkan dirinya dengan rupanya yang muram. Aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Waktu mahgrib pun mula mendatang, ini membuat aku tergesa-gesa semasa membawa motor. Aku ingat lagi aku mula memecut motosikal aku selepas lampu isyarat mula berwarna hijau. Aku bermula dengan 0-100KM. Masa itu jumlah kenderaan berkurangan kerana waktu mahgrib kebanyakan masyarakat setempat berada di rumah masing-masing. Dalam kelajuan itu, tiba-tiba sebuah kereta brek dihadapan aku kerana sebuah kereta lagi ingin masuk simpang. Dari jauh lagi aku melihat kereta jenis Ezora itu membrekkan keretanya, tapi disebabkan, aku terlalu laju menyebabkan aku perlu mengambil masa untuk memberhentikan motor aku. Semakin aku brek motor, semakin laju aku dapat rasakan. Tayar motor itu mengesel dan jika aku guna brek depan pasti akan lebih teruk kesannya. Aku cuba kawal lagi dan "dumm" motor aku terbalik bersama aku sekali. Motor aku berhenti daripada menggelongsor betul-betul dibawah kereta itu. Fuhh!!! kalau tidak hancur kereta termasuk aku sekali. Tuan kereta itu keluar dan tanya kepada aku, ok dik! aku jawab ok bang!. dan terus naik kereta dan teruskan perjalanan dia. Aku angkat motor aku dan membawanya ke tepi jalan. Aku rehatkan motor itu sebelum aku hidupkannya kembali, sebab ada minyak petrol yang keluar. kebarangkalian untuk terbakar adalah lebih mudah. 3 minit kemudian aku cuba hidupkan motor itu dan beberapa kali aku mencuba barulah hidup semula. Aku meneruskan perjalanan balik dan bila sampai di rumah aku terus masuk bilik. Aku merasa pedih dibahagian pinggan aku. Aku lihat ada darah pada baju aku dan rupanya kulit aku menggelupas. Masa nak mandi punyalah sakit. Kesimpulannya berhati-hati dijalan raya.

Rabu, 11 Disember 2013

"Pikul Buluh"

Ke lokasi perkhemahan
Dalam perkhemahan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Aku ingat lagi masa mula-mula aku menyertai perkhemahan Kadet Polis. Semasa mula sampai aku kena bersihkan kawasan khemah dan memasang khemah dan senior semua rehat sahaja. Mereka cakap kamu budak jadi kena buat kerja lebih. Pada waktu malam kena sentri atau membuat kawalan dikawasan khemah mengikut jadual. Masa berkawal tidak dibenarkan sama sekali tidur. Masa pegawai polis datang melawat dan mahu meyemak buku kawalan, aku tertidur dimeja dan kawan aku yang bertugas dengan aku pun tertidur diatas rumput begitu tanpa alas mugkin keran penat dan tiada pengalaman lagi dalam perkhemahan. Aku telah dipanggil oleh pegawai itu dan supaya melaporkan diri di meja urusetia. Seorang pegawai itu memberi arahan kepada aku supaya kawad kaki dan memikul sebatang bulu sambil berlari. Memang kejam tapi itu baru dipanggil cabaran dalam Kadet Polis. Jam masa itu menunjukkan pukul 3.30 pagi. Orang lain sedang nyenyak tidur aku pula sedang kawad dan memikul buluh. "Pengalaman Mendewasakan Kita". Pernah juga semasa perkehmahan, aku dan pelajar yang lain kena conteng muka dengan arang yang diambil pada kuali. Bila "Stand To" berlaku semua anggota kena meniarap seperti kena serang hendap. Letupan kedua anggota berkumpul dalam keadaan sedia untuk melaporkan keanggotaan. Masa itu pegawai polis itu asyik sukakan kami semua yang kena conteng pada muka. Aku terpingga-pingga kenapa polis ini gelak. Rupanya ada arang pada muka. Memang jahatlah senior aku. 

PRESIDEN PELAJAR

Proses menaikan poster bersama calon
Masuk Tingkatan 6 ini disebabkan aku gagal memasuki univeristi dan pusat pengajian yang lain. Aku fikir kalau aku tak belajar aku adalah manusia paling rugi dan akan ketinggalan pada masa kini. Cita-cita aku besar sebagai anak sulung dalam keluarga. Selepas 2 bulan belajar di PRA UNIVERSITI BUKIT JAWA. Satu pilihan raya diadakan untuk melantik MPP yang baru. Masa itu aku memegang jawatan sebagai ketua tingkatan 6 Rendah Munsyi Abdullah. Kawan aku memberi cadangan supaya aku bertanding dalam pilihan raya ini. Mereka mangatakan aku dah ada pengalaman sebagai pemimpin di Sekolah dahulu. Mereka menghantar borang pencalonan tanpa aku sedari. Selepas nama diumumkan calon-calon yang akan bertanding pada tahun itu. Calon hanya diberikan seminggu untuk berkempen dan mestilah mengangkat poster masing-masing. Masa hari pengundian berlaku, kawalan daripada senior amat ketat seperti PRU- 12 pula. Semuanya berjalan lancar. Aku pun turut mengundi bersama calon-calon yang lain. Pukul 3 pusat pengundian ditutup dan berlaku proses pengiraan oleh petugas yang diarahkan oleh guru. Pada keesokkan hari barulah keputusan diumumkan. Aku menang 136 undian.  Aku letak jawatan sebagai ketua kelas dan memikul amanah yang baru dan lebih besar dan allahmadulillah aku berjaya dalam melaksanakan program dan menyatukan pelajar yang pada mulanya terbahagi kepada dua puak. Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku.


BARISAN MPP 2011/2012