Ingat lagi aku pada masa itu, aku lari sekuat hati aku pulang ke rumah. Ini semua selepas dapat keputusan peperiksaan. Aku lari dengan beg yang berat, dengan tubuh aku yang kecil kadang-kadang tidak nampak mana satu beg dan tuan beg, sama besar. Aku berari bukan dikejar oleh pengawal istana. Sekolah aku ini bersebelahan Istana Mahkota Kelantan. Dah biasa tengok sultan Kelantan keluar masuk istana. Bukan juga aku berlari kerana dek dikejar anjing ini kerana abah janji kalau dapat 4A dalam peperiksaan nk beli sebuah basikal. Masa itu baru darjah dua. Sekolah masa itu masih gunaa bangunan kayu. Menurut ma, bangunan itu digunakan masa ia sekolah disitu lagi. Kalau berlari memang bisinglah, dengan tapak kasut dihempap pada papan.
Cari abah didapur, tidak ada. Rupanya dia tidak balik ke rumah hari ini kerana ada mesyuarat di pejabat. Kerana terlalu gembira sebab dapat 4A tak terperasan motor abah tak ada di depan rumah.
Masa itu, telefon abah sahaja yang ada. Jadi terpaksalah kena tunggu dia balik pukul 5 petang nak bagi tahu keputusan ini. Ma suruh aku buat kerja sekolah dahulu sementara menanti abah balik, namun aku tertidur kerana keletihan berlari dari sekolah tadi, tidaklah jauh sangat hanya 1.5 KM sahaja. Aku bangun tidur dan tengok abah sudah ada dirumah. Aku apa lagi, tunjuklah buku rekod peperiksaan. Namun abah tidak banyak cakap, dan hanya jawab "ok". Putus harapan aku nak basikal.
Dua hari selepas itu, hari jumaat petang abah keluar dengan kereta dengan ma. tinggal kami tiga beradik masa itu. Dia hanya cakap jaga rumah jangan bagi adik-adik masuk main didapur. Lamalah juga mereka keluar. Fikiran aku merayau-rayau, ma dengan abah pergi kemana?, buat apa? tapi semua itu pecah terburai apabila sepupu aku memanggil aku bermain bola. Aku tidak dapat pergi kerana ma dan abah dah pesan jangan tinggal rumah kerana adik-adik aku masa itu masih kecil lagi. Aku tengok kereta abah masuk lorong rumah, dan bonnet belakang kereta terbuka. Kenapa pula tidak tutupnya? takkan xperasan. Kereta betul-betul sampai depan rumah, tak sempat abah masukkan kereta dalam garaj aku dah pikul basikal dalam bonnet kereta. Abah dan ma hanya tertawa. Adik-adik aku hanya menangis sebab tidak dapat basikal seperti aku. Aku naik sekeliling kawasan tempat aku tinggal, bukan nak hebohkan satu kampung, tapi teruja dapat basikal. Abah pesan suruh jaga basikal itu baik-baik kerana harganya mahal RM450. Abah juga hadiahkan kunci tayar sebagai hadiah tambahan. Ahad itu aku bawalah basikal ke sekolah dengan gembirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan