Ahad, 8 Disember 2013

"Makluk Penganggu"

Sebelum cuti semesta yang lepas, ma telah jatuh sakit secara tiba-tiba. Ia bermula semasa hari raya pertama, beliau menyatakan tubuhnya tidak sihat. Pada hari raya keempat, ma nampak sangat letih dan tidak bermaya. Abah membawanya ke hospital dibahagian kecemasan. Pembantu Perubatan itu mengambil ujian salinan darah untuk dibawa ke makmal. Beliau menyatakan ujian ini akan mendapat keputusan seminggu lagi. Ma diberi beberapa jenis ubat untuk dimakan mengikut kesesuain. Pada malam itu, ma mula tidak boleh tidur dan beliau menyatakan mahu bersiar-siar disekitar rumah, namun ditegah oleh abah kerana pada waktu itu jam menunjukkan pukul  1 pagi. Abah tidak dapat lelapkan matanya kerana takut ma keluar merayau-rayau dikawasan rumah. Pada keesokkan abah terpaksa pergi ke pejabat, barulah ma boleh lelapkan matanya. Tugas ma, telah diambil oleh aku seperti kemas rumah, basuh dan jemur baju. Adik perempuan aku pula mengambil hal didapur. Beliau membersihkan lauk dan menyiapkan perkara-perkara yang perlu dimasak. Jam 12.45 tengah hari, abah pulang ke rumah pada waktu rehat. Abah terus ke dapur dan memasak. Selepas siap semuanya, abah menyuruh aku memanggil ma di dalam bilik. Namun ma cakap dia tiada selera makan. Abah pun pergi ke bilik ma dan membawa ma ke dapur untuk makan bersama. Ma hanya makan sedikit sahaja dan terus makan ubat.

             Mak Long aku yang tinggal di kubang kerian datang ke rumah aku pada malam jumaat itu. Beliau datang bersama dua orang sepupu aku. Mereka akan tidur disini. Mak Long aku datang juga kerana ma aku telefon cakap dia sakit. Pada malam itu, kami sekeluarga membaca yassin dirumah. Aku pun tidak ke masjid dan berjemaah dirumah. Selepas makan malam yang telah di masak oleh mak long, ma hanya menonton TV dengan yang lain. Pukul 12 malam, ma dan abah masuk tidur, namun aku masih belum boleh melelapkan mata. Aku berada diruang tamu menonton cerita yang baru aku ambil daripada seorang rakan. Jam menunjukkan pukul 4 pagi, namun aku di kejutkan dengan ma aku yang keluar dari bilik dan hendak pergi ke dapur untuk minum air masak. Mak long aku pun tersedar dan berbual dengan ma aku. Beliau telah mengurut tubuh ma. Tiba-tiba ma jadi macam meracau, mak long membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mengurut-ngurut tubuh ma. Akhirnya ma terlelap diruang tamu. Keesokan harinya abah membawa ma dan mak long bersama ke rumah ustaz untuk mendapatkan bantuan nasihat. Ustaz itu menyatakan tubuh ma aku lemah dan ada makhluk dikawasan rumah aku dan tubuh ma lemah menjadikan beliau meracau-racau. 

              Ustaz memberikan air bacaan al-quran mencadangkan kami sekeluarga solat hajat selepas maghrib dan membaca yassin selama seminggu dan mengamalkan ayat-ayat yang telah diberikan oleh ustaz. Seminggu kemudian ma pergi ke rumah ustaz itu kembali dan kesannya nampak lebih baik daripada hari semalam. Pada malam itu, abah menjirus kawasan rumah dengan air limau nipis. Lama-kelamaan kesihatan ma semakin  baik dan keputusan darah ma telah keluar dan doktor menyatakan ma seperti orang kehilangan darah atau kurang darah yang begitu banyak seperti baru melahirkan anak. Ma cakap mungkin mahkluk itu telah hisap darahnya kerana beliau sering sakit dikaki dan dikepala seperti digigit oleh sesuatu. Aku ingat lagi sewaktu aku membaca yassin berhampiran ma, aku jadi letih dan lemah. Aku terus tertidur selepas membaca yassin kepada ma. 
        
       Sekarang Allahamdulillah, keadaan ma sihat seperti biasa dan kembali ceria seperti biasa. Ramai juga teman-teman ma dan jiran-jiran datang melawat semasa ma sakit.  Aku pun terpaksa kembali ke UKM kerana cuti semesta akan tamat. Berat juga hati nak meninggalkan ma dalam keadaan begitu. Semoga Ma, abah dan adik-adik sekalian sihat sejahtera dirumah. Doa dari Abang Long.







1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam