Sabtu, 14 Disember 2013

SG. Gadut ke KL Sentral !!!

Seperti “Kijang Masuk Kampung” itulah ungkapan pertama kami 4 sahabat yang datang dari Kelantan. Hendak ke Kuala Lumpur untuk membeli laptop kerana baru sahaja mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengenali mereka ini semasa Minggu Mesra Pelajar. Aku memberitahu mereka yang aku ingin membeli sebuah laptop dan Alif mencadangkan supaya membelinya di Kompleks Low Yat. Pada cuti minggu itu, kami berempat Aku, Alif, Roy dan Amar telah menaiki bas Rengit ke KTM. Apabila sampai di stesen KTM, kami saling tolak-menolak, bukan berebut nak beratur tapi tidak tahu cara untuk membeli tiket dan stesen manakah sepatutnya aku turun selepas ini. Aku jugalah kena beranikan diri untuk bertanya semasa membeli tiket.
            Tiba-tiba datang sebuah keretapi dan tertulis dipapan kenyataannya                 ( SG.GADUT). Aku dan yang lain tidak naik keretapi itu, sebab ia menuju ke Sg. Gadut. Keretapi itu meneruskan perjalanannya dan kami setia menunggu keretapi yang menuju ke KL Sentral. Hati aku ini terdetik mencari sesuatu, aku melihat suatu papan seperti lalaun perjalanan keretapi. Aku tergelak seperti orang tak betul di stesen KTM itu, nasib baik tidak ramai orang sangat kerana mereka yang lain dah sampai ke destinasi. Yang aku gelakkan ini adalah kerana keretapi yang menunjukkan Sg. Gadut merupakan laluan ke KL Sentral juga. Aku memberitahu kepada mereka yang sebenarnya kita ini dah ketinggalan keretapi, bukan ketinggalan tapi tak nak naik awal. Rasa tergelak ini terus-menerus sehingga kami menaiki keretapi menuju KL Sentral. Apabila sampai di KL Sentral tidak jumpa pintu keluar daripada stesesn itu. Habis kawasan kami tawaf, akhirnya dapat juga ditemui. Itulah pengalaman yang paling mencuit hati kami bersama sampai sekarang.

Stesen KTM, UKM











PROGRAM SMART IBADAH


Program ini dijalankan di kolej sahaja, namun bukan tempat menjadi ukuran tetapi pengisiannya terhadap aktiviti tersebut. Program ini lebih menfokuskan terhadap pengurusan jenazah. Program ini berlangsung selama 2 hari. Dalam program ini kami telah diberi ceramah tentang hadis dan pendapat para ulamak tentang pengurusan jenazah ini. Sebagai mahasiswa, tidak lengkap ilmunya jika ilmu tentang pengurusan jenazah ini tiada dalam hidup.

  Hari Pertama Program ia lebih kepada ceramah dan sesi soal jawab Pada hari kedua itu barulah program secara amali. Aku telah dipilih menjadi model jenazah lelaki. Aku telah dimandikan dan kafankan tetapi tidaklah dimandikan keseluruhan. Sahabat aku, Amar menyatakan pada aku, bagaimana merasakan duduk dalam kain kafan sambil tergelak. Perasaan aku juga berdebar-debar dan berfikir suatu hari nanti aku akan kafan dan dimandikan oleh orang. Program ini di akhiri dengan penyampaian sijil dan sedikit jamuan. Aku menyertai program ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu aku dalam keagamaan supaya aku menjadi anak yang boleh memandikan, mengkafan dan menyembahyangkan ahli keluarga aku suatu hari nanti. 



PROGRAM ONE MALAYSIAN STUDENT VISIT FOR SOCIETY.

Rumah Seri Kenangan Cheng merupakan destinasi pilihan program kemasyarakatan kami seterusnya. Perjalanan ini mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kampung Cheng di Melaka. Segala persediaan untuk progra telah disiapkan terlebih awal sehari sebelum program dilaksanakan. Pada mulanya perjalanan kami tergendala disebabkan pemandu bas tidak mengetahui jalan untuk ke sana dan kami terpaksa menggunakan GPS bagi menunjukan jalan ke Kampung Cheng. Telah sampai kami semua AJK telah bertungkus-lumus menyiapkan dewan bagi majlis perasmian dan perlaksanaan program pada hari ini. Pandangan ertama aku melihat beberapa warga emas sedang berbual di sebuah pondok sambil menghembuskan asap rokok. Aku ditugaskan sebagai timbalan setiausaha dan pemerhati kepada kelancaran program ini, kerana program ini disertai pelajar tahun 1.
Foto Kenangan 
            Setelah mendengar taklimat daripada pegawai pusat tersebut barulah kami dibenarkan memasuki asrama penghuni rumah Cheng ini. Hati aku berdebar-debar dan tersentuh dengan keadaan warga emas ini. Ada yang terlentang di katil, ada yang tidur di lantai dan ada juga sedang melipat baju. Tubuh badan mereka ada yang sangat kurus dan bongkok. Terdetik dalam hati aku ini, Ya Allah, Jauhlah aku daripada membuat perkara ini kepada kedua ibu bapaku. Suasana asrama ceria, namun bau mungkin tidak menyenangkan, tetapi tidak menganggu aku untuk menjemput mereka ke dewan utama bagi yang mampu berjalan dan berkerusi roda untuk menyertai program yang kami buat khas untuk mereka. Semasa menjemput mereka kami memperkenalkan diri serta memberi hadiah sebagai tanda kenang- kenangan. Dalam progaram ini kami telah mendapat satu ucapan perasmian dan motivasi daripada warden di sini. Kalau tidak menangis masa itu bukanlah orang rasanya sebab tidak ada akal dan perasaan untuk berfikir. Paling tersentuh apabila salah seorang penghuni ini mempunyai 8 orang anak dan semua mereka tidak sanggup menjaganya kerana tua dan menyusahkan mereka.


Kami juga membuat aktiviti menghias kek serta menyampaikan sebuah lagu nasyid “ Keluarga Bahagia”. Pertandingan hiasa kek ini memberi peluang kepada semua warga ini mengingatkan kembali memoir bahagia pada zaman dahulu. Majlis di akhiri dengan pemotongan kek bersama peserta dan warga penghuni. Sebelum berpisah kami bersalam- salaman dan menghantar mereka ke asrama mereka semula. Akhir sekali, Ya Allah jauhilah aku daripada menjadi anak derhaka dan semoga aku menjadi anak yang soleh serta menghargai jasa kedua ibu bapa.








Penggerak Program















PROGRAM PERMATA HARAPAN BANGSA BERSAMA MAHASISIWA

Program ini dilaksanakan selepas dua bulan aku berada di UKM sebagai mahasiswa. Aku telah menyertai Kelab Kerohanian dan Sivik, Kolej Ibrahim Yaakob. Program ini merupakan program pertama bagi semesta pertama. Aku bertuah kerana pelajar tahun pertama yang berjaya menyertai program ini. Program ini bertujuan memberi perkongsian ilmu dan menanamkan azam kepada peserta program yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud, Besut, Terengganu.

Foto Kenangan Program
Kami bertolak dari UKM pada hari Khamis malam jumaat. Kami seramai 35 orang telah siap sedia dan barang-barang untuk program juga telah lengkap untuk dibawa. Bas tiba jam 9 malam dan kami memasukan semua barang-barang ke dalam bas dan sebuah van. Semasa dalam perjalanan kami telah lalui jalan yang berliku-liku naik turun bukit di daerah Pahang dan selatan negeri Kelantan. Jam 5 pagi, kami telah singgah disebuah masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk program pertama kami pada pkul 8 pagi. Dalam program ini aku telah dipertanggungjawab menjadi pengacara majlis serta pengarah sukan dan riadah. Antara program yang diselitkan antaranya latihan dalam kumpulan, ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan pelbagaian lagi aktiviti. Selama 2 hari 1 malam kami berada disana walaupun terlalu singkat, tapi ia meninggalkan kesan dan pengalaman terutamanya bagi aku merupakan program pertama semasa menjadi mahasiswa di universiti. 














Khamis, 12 Disember 2013

KECELAKAAN

Sinaran matahari mula melabuhkan dirinya dengan rupanya yang muram. Aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Waktu mahgrib pun mula mendatang, ini membuat aku tergesa-gesa semasa membawa motor. Aku ingat lagi aku mula memecut motosikal aku selepas lampu isyarat mula berwarna hijau. Aku bermula dengan 0-100KM. Masa itu jumlah kenderaan berkurangan kerana waktu mahgrib kebanyakan masyarakat setempat berada di rumah masing-masing. Dalam kelajuan itu, tiba-tiba sebuah kereta brek dihadapan aku kerana sebuah kereta lagi ingin masuk simpang. Dari jauh lagi aku melihat kereta jenis Ezora itu membrekkan keretanya, tapi disebabkan, aku terlalu laju menyebabkan aku perlu mengambil masa untuk memberhentikan motor aku. Semakin aku brek motor, semakin laju aku dapat rasakan. Tayar motor itu mengesel dan jika aku guna brek depan pasti akan lebih teruk kesannya. Aku cuba kawal lagi dan "dumm" motor aku terbalik bersama aku sekali. Motor aku berhenti daripada menggelongsor betul-betul dibawah kereta itu. Fuhh!!! kalau tidak hancur kereta termasuk aku sekali. Tuan kereta itu keluar dan tanya kepada aku, ok dik! aku jawab ok bang!. dan terus naik kereta dan teruskan perjalanan dia. Aku angkat motor aku dan membawanya ke tepi jalan. Aku rehatkan motor itu sebelum aku hidupkannya kembali, sebab ada minyak petrol yang keluar. kebarangkalian untuk terbakar adalah lebih mudah. 3 minit kemudian aku cuba hidupkan motor itu dan beberapa kali aku mencuba barulah hidup semula. Aku meneruskan perjalanan balik dan bila sampai di rumah aku terus masuk bilik. Aku merasa pedih dibahagian pinggan aku. Aku lihat ada darah pada baju aku dan rupanya kulit aku menggelupas. Masa nak mandi punyalah sakit. Kesimpulannya berhati-hati dijalan raya.

Rabu, 11 Disember 2013

"Pikul Buluh"

Ke lokasi perkhemahan
Dalam perkhemahan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Aku ingat lagi masa mula-mula aku menyertai perkhemahan Kadet Polis. Semasa mula sampai aku kena bersihkan kawasan khemah dan memasang khemah dan senior semua rehat sahaja. Mereka cakap kamu budak jadi kena buat kerja lebih. Pada waktu malam kena sentri atau membuat kawalan dikawasan khemah mengikut jadual. Masa berkawal tidak dibenarkan sama sekali tidur. Masa pegawai polis datang melawat dan mahu meyemak buku kawalan, aku tertidur dimeja dan kawan aku yang bertugas dengan aku pun tertidur diatas rumput begitu tanpa alas mugkin keran penat dan tiada pengalaman lagi dalam perkhemahan. Aku telah dipanggil oleh pegawai itu dan supaya melaporkan diri di meja urusetia. Seorang pegawai itu memberi arahan kepada aku supaya kawad kaki dan memikul sebatang bulu sambil berlari. Memang kejam tapi itu baru dipanggil cabaran dalam Kadet Polis. Jam masa itu menunjukkan pukul 3.30 pagi. Orang lain sedang nyenyak tidur aku pula sedang kawad dan memikul buluh. "Pengalaman Mendewasakan Kita". Pernah juga semasa perkehmahan, aku dan pelajar yang lain kena conteng muka dengan arang yang diambil pada kuali. Bila "Stand To" berlaku semua anggota kena meniarap seperti kena serang hendap. Letupan kedua anggota berkumpul dalam keadaan sedia untuk melaporkan keanggotaan. Masa itu pegawai polis itu asyik sukakan kami semua yang kena conteng pada muka. Aku terpingga-pingga kenapa polis ini gelak. Rupanya ada arang pada muka. Memang jahatlah senior aku. 

PRESIDEN PELAJAR

Proses menaikan poster bersama calon
Masuk Tingkatan 6 ini disebabkan aku gagal memasuki univeristi dan pusat pengajian yang lain. Aku fikir kalau aku tak belajar aku adalah manusia paling rugi dan akan ketinggalan pada masa kini. Cita-cita aku besar sebagai anak sulung dalam keluarga. Selepas 2 bulan belajar di PRA UNIVERSITI BUKIT JAWA. Satu pilihan raya diadakan untuk melantik MPP yang baru. Masa itu aku memegang jawatan sebagai ketua tingkatan 6 Rendah Munsyi Abdullah. Kawan aku memberi cadangan supaya aku bertanding dalam pilihan raya ini. Mereka mangatakan aku dah ada pengalaman sebagai pemimpin di Sekolah dahulu. Mereka menghantar borang pencalonan tanpa aku sedari. Selepas nama diumumkan calon-calon yang akan bertanding pada tahun itu. Calon hanya diberikan seminggu untuk berkempen dan mestilah mengangkat poster masing-masing. Masa hari pengundian berlaku, kawalan daripada senior amat ketat seperti PRU- 12 pula. Semuanya berjalan lancar. Aku pun turut mengundi bersama calon-calon yang lain. Pukul 3 pusat pengundian ditutup dan berlaku proses pengiraan oleh petugas yang diarahkan oleh guru. Pada keesokkan hari barulah keputusan diumumkan. Aku menang 136 undian.  Aku letak jawatan sebagai ketua kelas dan memikul amanah yang baru dan lebih besar dan allahmadulillah aku berjaya dalam melaksanakan program dan menyatukan pelajar yang pada mulanya terbahagi kepada dua puak. Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kepada aku.


BARISAN MPP 2011/2012

"Besi Buruk"

 Selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM dahulu, aku ingin sebuah motorsikal yang berlainan daripada yang dah biasa aku naik. Sebenarnya aku teruja sangat nak naik motor seperti abah. Pernah juga aku curi-curi bawa motor abah masa di tiada di rumah. Pertama kali bawa motor abah aku, motor terbalik dan aku  tak mampu untuk mengangkatnya tapi aku berusaha juga untuk mengangkat motor itu. Selepas berjaya membawa motor itu dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku seperti bebas dan bergaya semasa bawa motor abah. Selepas itulah aku berhajat untuk dapat motor seperti dia. Abah dan ma keluar entah pergi kemana. Selepas dia pulang aku baru mereka cakap yang dia pergi cari motosikal untuk aku berulang-alik semasa tingkatan 6 nanti. Aku ingatkan motor biasa lagi, rupanya abah pergi beli motorsikal Jaguh walapun kecil dan baru 175cc tapi aku dah berpuas hati. Dengan jaguh itulah aku pergi mencari ilmu, bersiar-siar dan besi inilah hingga sekarang membawa aku di universiti. Aku tidak sanggup untuk meninggalkannya di rumah dan mahupun menjualnya. Aku sayang sangat pada 'besi buruk' aku itu. Setiap kali aku mandikan dia, aku mandikan dengan penuh kasih sayang. Sampai bila-bila pun akan aku jaga dia.
"Besi Buruk"

Ketua Pelajar

Masa itu tingkatan lagi. Seminggu baru sesi persekolahan baru bermula. Aku macam biasalah datang ke sekolah jam 7.20 pagi. Rumah aku tak jauh sangat dengan sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja. Aku ingat lagi semasa kelas Matemaik Tambahan, cikgu Sukartini menyuruh aku bersihkan papan hitam, beliau cakap aku kena rajinlah sebab nak jadi Ketua Pengawas Sekolah. Apa lagi kawan-kawan aku ketawakan akulah. Pada tahun lepas memanglah aku nie Penolong Ketua Pengawas 2.

          Satu mesyuarat pengawas diadakan bagi memperkenalkan pengawas-pengawas baru. Dalam perjumpaan buat kali pertamanya, guru penasihat kami telah menyatakan calon-calon ketua Ketua Pengawas Sekolah, masa itu aku tak ambil kesah pun, borak-borak dengan kawan-kawan yang lain. Farhan!!!  Faizal !!!  cikgu Zul panggil.Sudah mati aku kali ini, kantoi sembang dalam mesyuarat. Mari depan, cikgu Zul menyuruh kami berdua. Mereka ini adalah calon ketua anda dan pada hari ini saya mahu anda membuat keputusan. Aku tidak target akan dipilih sebab Faizal merupakan sahabat yang bija dan berkebolehan. Namun selepas undian dilaksanakan, Muhamad Farhan Bin. Kamarjan merupakan Ketua Pengawas yang baru bagi sesi 2009. 

                Dua minggu selepas itu, satu majlis perlantikan diadakan. Majlis itu disertai oleh Pengawas, Pustakawan dan Ketua dan Penolong Tingkatan. Bacaan Ikrar diketuai oleh aku sendiri. Pada masa itu, jantung aku rasa macam nak pecah berdegup saja. Namun jantung aku ini mula reda selepas ucapan aku sebagai Ketua Pengawas. Ramai jugalah yang mengucapkan tahniah dan ada juga macam memperli sebab aku hanyalah Si Tubuh kecil.

Selasa, 10 Disember 2013

"LERUN"

Ingat lagi aku pada masa itu, aku lari sekuat hati aku pulang ke rumah. Ini semua selepas dapat keputusan peperiksaan. Aku lari dengan beg yang berat, dengan tubuh aku yang kecil kadang-kadang tidak nampak mana satu beg dan tuan beg, sama besar. Aku berari bukan dikejar oleh pengawal istana. Sekolah aku ini bersebelahan Istana Mahkota Kelantan. Dah biasa tengok sultan Kelantan keluar masuk istana. Bukan juga aku berlari kerana dek dikejar anjing ini kerana abah janji kalau dapat 4A dalam peperiksaan nk beli sebuah basikal. Masa itu baru darjah dua. Sekolah masa itu masih gunaa bangunan kayu. Menurut ma, bangunan itu digunakan masa ia sekolah disitu lagi. Kalau berlari memang bisinglah, dengan tapak kasut dihempap pada papan. 
     
        Cari abah didapur, tidak ada. Rupanya dia tidak balik ke rumah hari ini kerana ada mesyuarat di pejabat. Kerana terlalu gembira sebab dapat 4A tak terperasan motor abah tak ada di depan rumah.
Masa itu, telefon abah sahaja yang ada. Jadi terpaksalah kena tunggu dia balik pukul 5 petang nak bagi tahu keputusan ini. Ma suruh aku buat kerja sekolah dahulu sementara menanti abah balik, namun aku tertidur kerana keletihan berlari dari sekolah tadi, tidaklah jauh  sangat hanya 1.5 KM sahaja. Aku bangun tidur dan tengok abah sudah ada dirumah. Aku apa lagi, tunjuklah buku rekod peperiksaan. Namun abah tidak banyak cakap, dan hanya jawab "ok". Putus harapan aku nak basikal. 

            Dua hari selepas itu, hari jumaat petang abah keluar dengan kereta dengan ma. tinggal kami tiga beradik masa itu. Dia hanya cakap jaga rumah jangan bagi adik-adik masuk main didapur. Lamalah juga mereka keluar. Fikiran aku merayau-rayau, ma dengan abah pergi kemana?, buat apa? tapi semua itu pecah terburai apabila sepupu aku memanggil aku bermain bola. Aku tidak dapat pergi kerana ma dan abah dah pesan jangan tinggal rumah kerana adik-adik aku masa itu masih kecil lagi. Aku tengok kereta abah masuk lorong rumah, dan bonnet belakang kereta terbuka. Kenapa pula tidak tutupnya? takkan xperasan. Kereta betul-betul sampai depan rumah, tak sempat abah masukkan kereta dalam garaj aku dah pikul basikal dalam bonnet kereta. Abah dan ma hanya tertawa. Adik-adik aku hanya menangis sebab tidak dapat basikal seperti aku. Aku naik sekeliling kawasan tempat aku tinggal, bukan nak hebohkan satu kampung, tapi teruja dapat basikal. Abah pesan suruh jaga basikal itu baik-baik kerana harganya mahal RM450. Abah juga hadiahkan kunci tayar sebagai hadiah tambahan. Ahad itu aku bawalah basikal ke sekolah dengan gembirannya.










Ahad, 8 Disember 2013

"Makluk Penganggu"

Sebelum cuti semesta yang lepas, ma telah jatuh sakit secara tiba-tiba. Ia bermula semasa hari raya pertama, beliau menyatakan tubuhnya tidak sihat. Pada hari raya keempat, ma nampak sangat letih dan tidak bermaya. Abah membawanya ke hospital dibahagian kecemasan. Pembantu Perubatan itu mengambil ujian salinan darah untuk dibawa ke makmal. Beliau menyatakan ujian ini akan mendapat keputusan seminggu lagi. Ma diberi beberapa jenis ubat untuk dimakan mengikut kesesuain. Pada malam itu, ma mula tidak boleh tidur dan beliau menyatakan mahu bersiar-siar disekitar rumah, namun ditegah oleh abah kerana pada waktu itu jam menunjukkan pukul  1 pagi. Abah tidak dapat lelapkan matanya kerana takut ma keluar merayau-rayau dikawasan rumah. Pada keesokkan abah terpaksa pergi ke pejabat, barulah ma boleh lelapkan matanya. Tugas ma, telah diambil oleh aku seperti kemas rumah, basuh dan jemur baju. Adik perempuan aku pula mengambil hal didapur. Beliau membersihkan lauk dan menyiapkan perkara-perkara yang perlu dimasak. Jam 12.45 tengah hari, abah pulang ke rumah pada waktu rehat. Abah terus ke dapur dan memasak. Selepas siap semuanya, abah menyuruh aku memanggil ma di dalam bilik. Namun ma cakap dia tiada selera makan. Abah pun pergi ke bilik ma dan membawa ma ke dapur untuk makan bersama. Ma hanya makan sedikit sahaja dan terus makan ubat.

             Mak Long aku yang tinggal di kubang kerian datang ke rumah aku pada malam jumaat itu. Beliau datang bersama dua orang sepupu aku. Mereka akan tidur disini. Mak Long aku datang juga kerana ma aku telefon cakap dia sakit. Pada malam itu, kami sekeluarga membaca yassin dirumah. Aku pun tidak ke masjid dan berjemaah dirumah. Selepas makan malam yang telah di masak oleh mak long, ma hanya menonton TV dengan yang lain. Pukul 12 malam, ma dan abah masuk tidur, namun aku masih belum boleh melelapkan mata. Aku berada diruang tamu menonton cerita yang baru aku ambil daripada seorang rakan. Jam menunjukkan pukul 4 pagi, namun aku di kejutkan dengan ma aku yang keluar dari bilik dan hendak pergi ke dapur untuk minum air masak. Mak long aku pun tersedar dan berbual dengan ma aku. Beliau telah mengurut tubuh ma. Tiba-tiba ma jadi macam meracau, mak long membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mengurut-ngurut tubuh ma. Akhirnya ma terlelap diruang tamu. Keesokan harinya abah membawa ma dan mak long bersama ke rumah ustaz untuk mendapatkan bantuan nasihat. Ustaz itu menyatakan tubuh ma aku lemah dan ada makhluk dikawasan rumah aku dan tubuh ma lemah menjadikan beliau meracau-racau. 

              Ustaz memberikan air bacaan al-quran mencadangkan kami sekeluarga solat hajat selepas maghrib dan membaca yassin selama seminggu dan mengamalkan ayat-ayat yang telah diberikan oleh ustaz. Seminggu kemudian ma pergi ke rumah ustaz itu kembali dan kesannya nampak lebih baik daripada hari semalam. Pada malam itu, abah menjirus kawasan rumah dengan air limau nipis. Lama-kelamaan kesihatan ma semakin  baik dan keputusan darah ma telah keluar dan doktor menyatakan ma seperti orang kehilangan darah atau kurang darah yang begitu banyak seperti baru melahirkan anak. Ma cakap mungkin mahkluk itu telah hisap darahnya kerana beliau sering sakit dikaki dan dikepala seperti digigit oleh sesuatu. Aku ingat lagi sewaktu aku membaca yassin berhampiran ma, aku jadi letih dan lemah. Aku terus tertidur selepas membaca yassin kepada ma. 
        
       Sekarang Allahamdulillah, keadaan ma sihat seperti biasa dan kembali ceria seperti biasa. Ramai juga teman-teman ma dan jiran-jiran datang melawat semasa ma sakit.  Aku pun terpaksa kembali ke UKM kerana cuti semesta akan tamat. Berat juga hati nak meninggalkan ma dalam keadaan begitu. Semoga Ma, abah dan adik-adik sekalian sihat sejahtera dirumah. Doa dari Abang Long.







Mana Jalan?

Pengalaman ini mungkin dah lama, tapi ia kembali menerjah fikiran aku, apabila seorang kawan aku menyebut pasal jin. Aku menulis pada petang ini bukanlah untuk menakut-nakutkan orang, tapi ini adalah berdasarkan pengalaman aku. Waktu aku menerima surat tawaran untuk menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan di Pahang. Siapa tidak teruja satu-satunya peserta lelaki mewakili Kor Kadet Polis dan peserta tunggal daerah Pasir Puteh. Menjelang tarikh perkhemahan itu, aku dikehendaki menaiki bas di Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan. Disitu kami akan berkumpul semua peserta dari setiap daerah negeri Kelantan. Setelah tiba di hutan simpan itu, aku diberi taklimat tentang tempat ini dan diberikan jadual perjalanan program kami. Salah satu peraturan itu telah aku langgar. Pada malam pertama program, hanyalah seminar sahaja dan pembahagian baju, seluar dan beberapa peralatan rasmi program. Pada hari kedua jadualaku penuh dengan latihan kawad kaki dan latihan asas semasa kecemasan dan ikhtiar hidup di hutan. Pada sebelah malam pula syarahan tentang penyalahangunaan dadah. Selepas minum malam, kami dibenarkan tidur. 
        Jam menunjukkan pukul 2 setengah lebih. Aku nak lepaskan hajat kecil, namun tak tergamak nak kejutkan kawan-kawan yang lain. Kami diberikan khemah dan peserta berlainan negeri. Aku tidak kenal sangat dan belum sempat berkenalan dengan mereka lebih rapat lagi. Aku beranikan diri untuk ke tandas di dalam hutan itu seorang diri. Peraturan disini jika hendak ke tandas mestilah berteman paling kurang 2 orang.
HUTAN SIMPAN
dan tidak boleh tegur jika terdengar bunyi yang pelik. Tengah sedap buang hajat kecil itu, tiba-tiba terdengar bunyi macam ada orang main air di sebelah tandas aku. Aku takut dah masa itu, tapi aku menyuarakan suara "siapa tuh" tiba senyap bunyi air itu. Aku keluar dari bilik air dan tengok tiada orang pun dalam tandas itu. Aku pun berpaling untuk keluar dari tandas ini, Ya Allah!!!  tiada pintu. Bilik air itu jadi seperti ruang kosong. Aku cuba membaca ayat-ayat suci tetapi lidah aku seperti ada orang menyimen terlalu kaku dan keras untuk menyebut kalimah-kalimah suci ini. Kelam-kabut aku jadinya dan aku mendiamkan diri kau sebentar, dengan pertolongan Allah s.w.t aku melihat satu lorang cahaya dan aku terus berjalan memasuki lorang cahaya itu. Tiba-tiba aku berada diluar kawasan tandas itu. Aku berpaling ke arah tandas itu semula, ia seperti sediakala tidak seperti ruang kosong tadi. Aku terus berlari ke khemah aku yang jaraknya 200 meter dari tandas itu. Pengajarannya ikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh orang yang arif ketika berada dikawasan baru dan keras ini. Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri.




contoh tandas dalam hutan















\

Khamis, 5 Disember 2013

Limpahan Air Teh

Suasana  Banjir
Dalam kesibukan aku dengan tugasan disini, keluarga aku sekarang sibuk mengemas barang-barang di rumah. Aku dapat bayangkan bagaimana suasana di rumah ketika air bah tengah liar memasuki ruang dapur rumah aku. Aku dengan abah uruskan motor dan kereta. Adik-adik yang lain sibuk alihkan selipar dan pinggang mangkuk ma aku. Aku masih ingat pada bah tahun lepas, kerana tidur terlalu lena keadaan menjadi kelam-kabut. Kereta dan motor hampir tenggelam. Rumah aku ini air bah dia dalam sikit, biasalah berumah ditepi sungai. Pepatah ada menyebut, Kalau takukan air bah, Jangan berumah ditepi sungai. Masa sedang berkemas barang-barang didapur, tiba-tiba datang seekor lipan didalam air. Ma berteriak seperti masuk hantu. Selepas siap berkemas, kami sekeluarga bermain air bah. Masa itu jam menunjukkan 4 pagi. Sejuk macam duduk dalam peti ais. Untuk pengetahuan kalau rumah aku banjir, maksudnya jalan raya depan rumah aku tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. kalau nak lalu juga naik trak polis atau pacuan empat roda. Tengah mandi, aku teringatlan surau depan rumah aku. Aku bawa nabil, adik aku nombor empat mengharungi air bah paras pinggang aku. Setelah hampir dengan surau, kaki aku rasa tersangkut dengan sesuatu. Masa itu menyesal sebab tidak pakai selipar masa mengharungi air bah. Kaki aku seperti terpijak benda yang lembut. Dalam kepala aku, timbul idea tak logik. Adakah aku terpijak anak biawak atau aku terpijak ular sawa sedang menyusuri didalam air yang seperti air teh. Aku cuba beranikan diri masukan tangan ke dalam air dan meraba-raba, rupa-rupanya tikar masjid yang hanyut. Panjang lagi umur aku. Aku naik atas surau dan aku lihat adik aku sedang menggulung tikar diluar masjid dan aku pun menggulung karpet masjid yang tebal itu. Aku pun balik semula ke rumah dan tukar pakaian kering lalu makan nasi goreng yang ma goreng di dalam air. Tong gas terapung di dalam air, tetapi ma goreng juga nasi dengan memakai kasut but di dalam air. Memang banjir ini mengeratkan hubungan keluarga selain membawa kesulitan kepada manusia. Tapi ini semua dugaan daripada Yang Maha Berkuasa.