Semalam aku terlibat dengan satu program Interaksi bersama pelajar tahun 4 dari Universiti Rajabhat, Yala, Thailand. progaram ini dianjurkan oleh Kelab Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi interaksi ini bermula dengan ucapan Yang Di-Pertua Kelab Pengajian Melayu dan sesi pengenalan barisan Exco Tertinggi kelab. Aku berada di tempat duduk hadapan sekali bersama pelajar dari Universiti Rajabhat. Pada mulanya aku berasa kekok kerana mereka adalah pelajar tahun 4 dan aku
 |
| Universiti Kebangsaan Malaysia |
adalah pelajar tahun 2. YDP kelab telah memberi arahan supaya berada kumpulan yang telah diaturkan tadi. Kumpulan ini gabungkan kepada barisan exco kelab dan pelajar Rajabhat. Hasilnya 10 kumpulan berjaya dibentuk. Semasa sesi pengenalan ahli kumpulan, dalam kumpulan aku terdapat dua pelajar Rajabhat iaitu Usman dan Mariam dan umur mereka baru 21 tahun sama dengan aku. Pada masa itu aku mula rasa tidak kekok sangat kerana mereka adalah sebaya dengan aku. Selepas itu, YDP memberi arahan supaya membina satu bentuk sorakan semangat bagi setiap kumpulan. ketua kumpulan aku adalah Aisyah pelajar tahun 3 Program Persuratan Melayu telah mencadangakan sorakan berdasarkan lagu semangat tetapi dalam bahasa Jawa. Pada mulanya, kami ingin membuat sorakan kumpulan dalam bahasa Thai, namun pelajar itu malu. Tiba masanya kumpulan aku untuk menunjukkan sorakan semangat kami dan Allahamdulillah ia berjaya.
Tugasan kedua ialah Explores dimana, setiap kumpulan perlu mencari bahan yang telah dinyatakan didalam kertas arahan didalam sampul surat yang diberikan. Antara bahan itu adalah Kertas A4, pensel, pita pelekat, ranting kayu dan daun ( tidak boleh dipetik ). Selepas kami bertukus lumus mencari bahan dan semua telah dijumpai, satu sampul surat arahan alagi diberi. Arahan itu telah dipotong dan kita perlu menyusunnya untuk mengetahui arahan selanjutnya. Kami perlu membuat satu
 |
| Universiti Rajabhat, Thailand |
reka bentuk berdasarkan bahan yang telah dicari tadi. kumpulan kami telah membuat kapal layar dimana kertas A4 dibentuk menjadi kapal, pensel sebagai tiang layar, daun sebagai layar yang utama, ranting sebagai layar kecil dan pita pelekat sebagai pelampung keselamatan. Setelah semua siap. pelajar Rajabhat harus membentangkannya, ini adalha bertujuan untuk memperbaiki bahasa Melayu dalam kalangan Mahasiswa dan Mahsiswi Rajabahat. Dialeknya mungkin sama dengan dialek Kelantan, tetapi ada juga yang berbeza sehingga aku tidak faham juga.
Program kami berakhir dengan ucapan wakil daripada pelajar Universiti Rajabhat dan jamuan petang yang telah disediakan. Program ini berlangsung secara ringkas namun meninggalkan kesan yang baik kepada kedua-dua belah pihak.
seronok baca blog kamu sambl dengar muziknya..
BalasPadamTerima kasih..lagu itu adalah cubaan untuk bolg ini..
PadamTahniah......
BalasPadamperkongsian pengalaman yang agak menarik....
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny