Sabtu, 30 November 2013

Tanggang Ke Aku ?

Pagi ini dimulai dengan kesedihan dan kerinduan. Semasa menuruni bukit kawasan kolej kediaman, aku melihat satu keluarga bahagia sedang menghantar anaknya ke sebuah kolej kediaman yang lain. Ibunya memeluk dan mencium pipi anaknya itu. Hati aku tersentuh mungkin kerana sudah lama aku tidak melihat wajah ibubapaku dan hanya sekadar mendengar suara dari speaker telefon sahaja. Melihat lambaian adik-beradik yang masih kecil ia amat mirip seperti keluarga aku, dan memgambarkan budak perempuan tadi adalah anak sulung dalam keluarganya. Bukan ibubapa aku tidak mahu datang melawat, tetapi aku kadang-kadang menghalang mereka untuk datang berjumpa aku disini. Mungkin macam Tanggang dah aku ini, namun ia tidaklah seperti tanggang. Dalam fikiran aku ada beberapa alasan yang munasabah bagi aku untuk tidak benarkan mereka datang melawat aku. Yang pertama kerana jarak yang jauh dari Kelantan ke Bangi mengambil masa yang jauh dan memerlukan tenaga yang kuat. Keadaan umur ma dan abah bukanlah semakin hari semakin muda. Dalam perjalanan itu apapun boleh terjadi. Benda inilah yang menganggui fikiran aku sebenarnya. Keduanya adalah wang. Untuk datang ke tempat aku, mereka perlu menggunakan wang yang banyak. Bukan mereka tiada duit tapi bagi aku duit itu moleklah digunakan untuk perbelanjaan sekolah adik-adik aku. Hendak datang ke Kuala Lumpur bukan sahaja rehat dan badan kita sahaja kena sihat, kereta pun perlu dalam keadaan yang baik. Servis enjin, tukar tayar dan minyak hitam itu pun telah menelan belanja yang besar. Baiklah abah dengan ma beli barangan dapur untuk keluarga. Sekali fikir, bagus juga kalau ma abah dan adik-adik datang semasa aku bergraduasi. Masa itu aku telah membuktikan aku adalah anak sulung dan abang yang telah berjaya. Semoga semua ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tuhan panjangkan umur aku, kedua ibapaku dan sekalian ahli keluargaku. Berilah kejayaan dan kecemerlangan kepada seluruh keluargaku. Lindungi mereka didunia dan diakhirat kelak. Amin.

Uniform Dalam Memoir

Hari ini ulangkaji di PTSL. Perut mula lapar bila buka buku. Aku dan seorang kawan pergi ke KIOSK berhampiran perpustakaan. Masa itu datanglah beberapa mahasiswa beruniform Jabatan Pertahanan Awam. Terdetik dihati aku mengingati semasa aku masih dibangku persekolahan. Aku bukanlah seorang pelajar yang terbaik dalam pelajaran,namun dalam badan beruniform boleh dikatakan baik. Dari seorang kadet biasa kepada Sarjan Mejar. Tubuh aku bukanlah seperti Inspektor Haris seperti dalam cerita Gerak Khas di TV 2. Suatu hari aku telah dipanggil oleh seorang cikgu disiplin, ia juga cikgu penasihat Kor Kadet Polis. Dia bagi aku sekeping surat. Aku menjadi cuak dan terpingga-pingga. Persoalan mula timbul. Aku kena buang sekolah ke? Aku kena gantung sekolah ke? aku rasa tak buat salah kecuali datang lewat ke sekolah. Kepala aku dah terbayang gelaplah masa depan aku kalau kena buang sekolah. Aku nak cakap bagaimana kepada ma dengan abah. Tapi tiba-tiba perasaan riak aku datang, tak kan cikgu nk buang sekolah. Aku kan ketua pelajar sekolah. Aku pun buka surat itu dan baca secara perlahan-lahan dimeja cikgu tadi. Rupa-rupanya surat daripada Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bahagian Kor Kadet Polis. Dalam surat itu menyatakan bahawa aku telah dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Sarjan Mejar. Siapa tak suka dengan jawatan itu. Cikgu itu mengarahkan aku supaya menyerahkan jawatan sarjan itu kepada seorang kawan aku. Pada keesokkan hari, aku pergi ke sebuah kedai ynag menjual barang-barang beruniform untuk membeli lencana  (pangkat) baru.
              Hari rabu merupakan hari dimana semua pelajar berpakaian mengikut badan beruniform. Aku pun memakai lencana baru itu. Kawan-kawan aku semua berasa pelik sebab tidak pernah aku memakainya. Apa yang paling dibanggakan lagi hanya 3 orang sahaja yang boleh pakai lencana ini dalam Kor Kadet Polis. Tubuh yang kecil tidak menghalang aku untuk terus berjaya sehingga sekarang aku masih ingat kata-kata aku itu. Namun perkara ini telah 5 tahun berlalu tapi masih segar diingatan.


Jumaat, 29 November 2013

DILEMA "HIJAU HITAM"

Dah setahun melihat benda "Hijau Hitam" ini melintas depan aku. Kadang- kadang rasa menyakitkan hati. Tapi aku tanam dalam hati aku dengan subur, aku baja dan siram dengan baik supaya ia kekal lama. Aku lakukan semua ini kerana azam. Azam bukanlah nama orang, tapi adalah matlamat atau "target". Aku berazam untuk memilikinya. Memiliki "Hijau Hitam". Bunyinya sudah membuatkan hati aku membuak-buak seperti lava yang menunggu untuk meronda-ronda kawasan sekitar permukaan bumi. Ini semua salah bapaku. Dialah yang menyebabkan aku jadi begini. Dia pesan pada aku, jika nak sesuatu perlu usaha dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. Pepatah Melayu pun ada menyebut "Bapak Borek Anak Rintik". Dia suka dan aku pun terikut-ikut dengan hobinya. Jika tuhan memberi peluang kepada aku dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur aku dan kedua-dua ibubapa aku, aku akan hadiahkan kepadanya. Banyak pergorbanan mereka kepada diri aku. Hadiah ini tidaklah dapat membalas budi mereka. Kerana ia adalah bersifat sementara sahaja.Doa anak yang soleh sahaja dapat membantu ibubapa dan kekal hingga ke akhir hayat. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Hadis Riwayat Muslim.


"HJAU HITAM"
Motor Abah  






Sisa Penyengat Cikgu


Suasana petang yang hangat menambahkan lagi kehangatan di luar dewan kuliah semasa menanti detik jam 5 petang bagi kelas hubungan etnik. Panas itu bukan sahaja menyebabkan pengaliran peluh sahaja , malah menyebabkan tubuhku menjadi layu seperti pohon kayu tidak mendapat air dan sinar sang suria. Tiba-tiba anak bola mata aku ini terpandang sebuah tong sampah yang berdiri tegak dengan warnanya yang gah seperti buah oren mandrin. Aku cuba undurkan jam randik yang telah berlalu meninggalkan arus dunia. Pada masa itu aku masih berada dibangku persekolahan. Aku masih ingat lagi jika aku tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, aku dan dua orang rakan yang lain akan pergi membuang sampah. Sekolah menyediakan dua petak dan dalamnya kalau orang jatuh susah untuk naik semula. Aku memilih tempat yang jauh, ini sebenarnya untuk melenggahkan masa supaya tidak dicubit oleh guru itu. Aku tahu cubitan di perut amat meninggalkan kesan seperti kena baham oleh harimau, kulit menggelupas dan lebam biru seperti baju kadet polis aku. Itu membuatkan aku jadi ngeri kalau xdapat siapkan kerja sekolah. Namun aku berterima kasih kepada guru aku itu, kerana cubitan dialah aku berada ditempat ini sekarang. Terima Kasih Cikgu.