Ahad, 22 September 2013

Interaksi Malaysia -Thai

 Semalam aku terlibat dengan satu program Interaksi bersama pelajar tahun 4 dari Universiti Rajabhat, Yala, Thailand. progaram ini dianjurkan oleh Kelab Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi interaksi ini bermula dengan ucapan Yang Di-Pertua Kelab Pengajian Melayu dan  sesi pengenalan barisan Exco Tertinggi kelab. Aku berada di tempat duduk hadapan sekali bersama pelajar dari Universiti Rajabhat. Pada mulanya aku berasa kekok kerana mereka adalah pelajar tahun 4 dan aku
Universiti Kebangsaan Malaysia
adalah pelajar tahun 2. YDP kelab telah memberi arahan supaya berada kumpulan yang telah diaturkan tadi. Kumpulan ini gabungkan kepada barisan exco kelab dan pelajar Rajabhat. Hasilnya 10 kumpulan berjaya dibentuk. Semasa sesi pengenalan ahli kumpulan, dalam kumpulan aku terdapat dua pelajar Rajabhat iaitu Usman dan Mariam dan umur mereka baru 21 tahun sama dengan aku. Pada masa itu aku mula rasa tidak kekok sangat kerana mereka adalah sebaya dengan aku. Selepas itu, YDP memberi arahan supaya membina satu bentuk sorakan semangat bagi setiap kumpulan. ketua kumpulan aku adalah Aisyah pelajar tahun 3 Program Persuratan Melayu telah mencadangakan sorakan berdasarkan lagu semangat tetapi dalam bahasa Jawa. Pada mulanya, kami ingin membuat sorakan kumpulan dalam bahasa Thai, namun pelajar itu malu. Tiba masanya kumpulan aku untuk menunjukkan sorakan semangat kami dan Allahamdulillah ia berjaya. 

         Tugasan kedua ialah Explores dimana, setiap kumpulan perlu mencari bahan yang telah dinyatakan didalam kertas arahan didalam sampul surat yang diberikan. Antara bahan itu adalah Kertas A4, pensel, pita pelekat, ranting kayu dan daun ( tidak boleh dipetik ). Selepas kami bertukus lumus mencari bahan dan semua telah dijumpai, satu sampul surat arahan alagi diberi. Arahan itu telah dipotong dan kita perlu menyusunnya untuk mengetahui arahan selanjutnya. Kami perlu membuat satu
Universiti Rajabhat, Thailand
reka bentuk berdasarkan bahan yang telah dicari tadi. kumpulan kami telah membuat kapal layar dimana kertas A4 dibentuk menjadi kapal, pensel sebagai tiang layar, daun sebagai layar yang utama, ranting sebagai layar kecil dan pita pelekat sebagai pelampung keselamatan. Setelah semua siap. pelajar Rajabhat harus membentangkannya, ini adalha bertujuan untuk memperbaiki bahasa Melayu dalam kalangan Mahasiswa dan Mahsiswi Rajabahat. Dialeknya mungkin sama dengan dialek Kelantan, tetapi ada juga yang berbeza sehingga aku tidak faham juga. 
             Program kami berakhir dengan ucapan wakil daripada pelajar Universiti Rajabhat dan jamuan petang yang telah disediakan. Program ini berlangsung secara ringkas namun meninggalkan kesan yang baik kepada kedua-dua belah pihak.

Khamis, 19 September 2013

Permulaan Alam Persekolahan


Pada tahun 1997, saya dan keluarga menetap di Kampung Bukit Abal kerana bapa saya telah ditukarkan ke Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh. Semasa berumur 5 tahun abah telah mendaftarkan saya ke sebuah sekolah agama dibandar Pasir Puteh berhampiran dengan Balai Bomba. Pada hari pertama pendaftaran, saya diletakkan disebuah kelas yang mana semua pelajar adalah mungkin sebaya dengan saya atau pelajar tahap satu. Saya pada mulanya berasa amat takut, kerana tidak mempunyai teman-teman disekolah ini. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, ini bermakna kelas sudah tamat. Abah telah menanti aku diluar pagar sekolah itu dengan motorsikal pertama keluarga kami. Setiap pagi saya akan menaiki motorsikal dengan abah untuk ke sekolah agama. Masuk hari ke-5 persekolahan, seorang pelajar telah menyorok beg sekolah saya entah kemana. Saya hanya mampu menangis pada waktu itu sehingga abah datang selepas tamat waktu pengajian. Seorang guru telah menjumpai beg saya dan telah memulangkan beg itu kepada abah. Pada hari persekolahan yang seterusnya, saya mula buat masalah dengan abah dengan ma. Saya telah masuk bawah meja makan semasa abah tengah sarapan untuk pergi kerja. Tujuan saya buat begitu kerana tidak mahu ke sekolah agama itu lagi. Saya takut budak itu akan menyorok beg saya lagi. Abah cuba menarik menarik saya dibawah meja itu, namun saya berkeras juga.
Motor Pertama Keluarga kami
Suzuki Jet Cooled


Abah dengan ma hanya tahu gelakkan saya saja, mereka tak faham yang kita dah kena buli. Abah telah lewat untuk pergi ke tempat kerja, lalu meninggalkan aku kerana tidak berjaya memujuk aku ke sekolah. Saya ini bukanlah keras kepala tapi suka buat protes sejak kecil lagi, kata ma saya. Kalau tidak dapat kehendak saya, saya akan menghantuk kepala di dinding rumah. Hari itu saya tidak ke sekolah dan hanya menonton kartun kegemaran saya iaitu Ultaraman, Tom and Jerry, Mickey Mouse dan sebagainyalah. Saya kalau dapat tengok kartun, tidak akan pergi kemana-mana lagi, hanya terperap didepan televisyen saja. Saya sebenarnya peminat Masked Rider terutama Kuuga dan Black dan Black RX.







     
Antara Wira-Wira Masked Rider










Rabu, 18 September 2013

PHOTO KETIKA BERUSIA 2 TAHUN



MUHAMAD FARHAN BIN KAMARJAN
UMUR: 2 TAHUN
Photo ini ketika aku berumur 2 tahun. Ketika ini aku berada di Kubang Kerian iaitu rumah aku yang lama sebelum saya berpindah ke rumah saya yang sekarang di Kampung Bukit Abal kerana bapa aku telah membina rumah di tanah milik aku sekeluarga. Menurut ibu, semasa gambar ini diambil aku sedang belajar untuk berjalan. Pada masa ini tubuh saya agak gemuk sedikit berbeza dengan sekarang. Ibu juga mengatakan gambar ini semasa hari raya aidilfitri pada tahun 1994. Gambar ini telah menggambarkan pelbagai kenangan keluarga kerana mungkin hari raya terakhir bagi datuk dan nenek saya. Mereka semua telah kembali  kerahmatullah pada tahun 1994.

Selasa, 17 September 2013

Tazkirah

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan
Riwayat: Riwayat Al-Tabrani

Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.

Huraian Hadith:
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.









Pengenalan BLOG




 Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekelian mukminin dan mukminat keseluruhannya.
Blog ini dibina sempena dengan Kursus SKMM2083 Penulisan Kreatif yang dibimbing oleh Prof Madya Dr. Mawar Safie. Blog ini juga dibina sebagai latihan penulisan selain daripada tugasan yang diberikan semasa sesi pengkuliahan. Blog ini juga merupakan salah satu permarkahan peperiksaan semester sebanyak 10 peratus. Diharap sebarang cadangan mahupun kritikan membina untuk  blog ini dapat dikongsikan bersama. Tema penulisan pada semester ini adalah " Nostalgia" atau "Dejavu".

"SELAMAT BERJAYA"

MUHAMAD FARHAN BIN KAMARJAN
IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA KEPUJIAN PERSURATAN MELAYU
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA