Sabtu, 14 Disember 2013

PROGRAM ONE MALAYSIAN STUDENT VISIT FOR SOCIETY.

Rumah Seri Kenangan Cheng merupakan destinasi pilihan program kemasyarakatan kami seterusnya. Perjalanan ini mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kampung Cheng di Melaka. Segala persediaan untuk progra telah disiapkan terlebih awal sehari sebelum program dilaksanakan. Pada mulanya perjalanan kami tergendala disebabkan pemandu bas tidak mengetahui jalan untuk ke sana dan kami terpaksa menggunakan GPS bagi menunjukan jalan ke Kampung Cheng. Telah sampai kami semua AJK telah bertungkus-lumus menyiapkan dewan bagi majlis perasmian dan perlaksanaan program pada hari ini. Pandangan ertama aku melihat beberapa warga emas sedang berbual di sebuah pondok sambil menghembuskan asap rokok. Aku ditugaskan sebagai timbalan setiausaha dan pemerhati kepada kelancaran program ini, kerana program ini disertai pelajar tahun 1.
Foto Kenangan 
            Setelah mendengar taklimat daripada pegawai pusat tersebut barulah kami dibenarkan memasuki asrama penghuni rumah Cheng ini. Hati aku berdebar-debar dan tersentuh dengan keadaan warga emas ini. Ada yang terlentang di katil, ada yang tidur di lantai dan ada juga sedang melipat baju. Tubuh badan mereka ada yang sangat kurus dan bongkok. Terdetik dalam hati aku ini, Ya Allah, Jauhlah aku daripada membuat perkara ini kepada kedua ibu bapaku. Suasana asrama ceria, namun bau mungkin tidak menyenangkan, tetapi tidak menganggu aku untuk menjemput mereka ke dewan utama bagi yang mampu berjalan dan berkerusi roda untuk menyertai program yang kami buat khas untuk mereka. Semasa menjemput mereka kami memperkenalkan diri serta memberi hadiah sebagai tanda kenang- kenangan. Dalam progaram ini kami telah mendapat satu ucapan perasmian dan motivasi daripada warden di sini. Kalau tidak menangis masa itu bukanlah orang rasanya sebab tidak ada akal dan perasaan untuk berfikir. Paling tersentuh apabila salah seorang penghuni ini mempunyai 8 orang anak dan semua mereka tidak sanggup menjaganya kerana tua dan menyusahkan mereka.


Kami juga membuat aktiviti menghias kek serta menyampaikan sebuah lagu nasyid “ Keluarga Bahagia”. Pertandingan hiasa kek ini memberi peluang kepada semua warga ini mengingatkan kembali memoir bahagia pada zaman dahulu. Majlis di akhiri dengan pemotongan kek bersama peserta dan warga penghuni. Sebelum berpisah kami bersalam- salaman dan menghantar mereka ke asrama mereka semula. Akhir sekali, Ya Allah jauhilah aku daripada menjadi anak derhaka dan semoga aku menjadi anak yang soleh serta menghargai jasa kedua ibu bapa.








Penggerak Program















Tiada ulasan:

Catat Ulasan