"Besi Buruk"
Selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM dahulu, aku ingin sebuah motorsikal yang berlainan daripada yang dah biasa aku naik. Sebenarnya aku teruja sangat nak naik motor seperti abah. Pernah juga aku curi-curi bawa motor abah masa di tiada di rumah. Pertama kali bawa motor abah aku, motor terbalik dan aku tak mampu untuk mengangkatnya tapi aku berusaha juga untuk mengangkat motor itu. Selepas berjaya membawa motor itu dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Aku seperti bebas dan bergaya semasa bawa motor abah. Selepas itulah aku berhajat untuk dapat motor seperti dia. Abah dan ma keluar entah pergi kemana. Selepas dia pulang aku baru mereka cakap yang dia pergi cari motosikal untuk aku berulang-alik semasa tingkatan 6 nanti. Aku ingatkan motor biasa lagi, rupanya abah pergi beli motorsikal Jaguh walapun kecil dan baru 175cc tapi aku dah berpuas hati. Dengan jaguh itulah aku pergi mencari ilmu, bersiar-siar dan besi inilah hingga sekarang membawa aku di universiti. Aku tidak sanggup untuk meninggalkannya di rumah dan mahupun menjualnya. Aku sayang sangat pada 'besi buruk' aku itu. Setiap kali aku mandikan dia, aku mandikan dengan penuh kasih sayang. Sampai bila-bila pun akan aku jaga dia.
 |
| "Besi Buruk" |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan