Pada tahun 1997, saya dan keluarga menetap di Kampung Bukit Abal kerana bapa saya telah ditukarkan ke Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh. Semasa berumur 5 tahun abah telah mendaftarkan saya ke sebuah sekolah agama dibandar Pasir Puteh berhampiran dengan Balai Bomba. Pada hari pertama pendaftaran, saya diletakkan disebuah kelas yang mana semua pelajar adalah mungkin sebaya dengan saya atau pelajar tahap satu. Saya pada mulanya berasa amat takut, kerana tidak mempunyai teman-teman disekolah ini. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, ini bermakna kelas sudah tamat. Abah telah menanti aku diluar pagar sekolah itu dengan motorsikal pertama keluarga kami. Setiap pagi saya akan menaiki motorsikal dengan abah untuk ke sekolah agama. Masuk hari ke-5 persekolahan, seorang pelajar telah menyorok beg sekolah saya entah kemana. Saya hanya mampu menangis pada waktu itu sehingga abah datang selepas tamat waktu pengajian. Seorang guru telah menjumpai beg saya dan telah memulangkan beg itu kepada abah. Pada hari persekolahan yang seterusnya, saya mula buat masalah dengan abah dengan ma. Saya telah masuk bawah meja makan semasa abah tengah sarapan untuk pergi kerja. Tujuan saya buat begitu kerana tidak mahu ke sekolah agama itu lagi. Saya takut budak itu akan menyorok beg saya lagi. Abah cuba menarik menarik saya dibawah meja itu, namun saya berkeras juga.![]() |
| Motor Pertama Keluarga kami Suzuki Jet Cooled |
Abah dengan ma hanya tahu gelakkan saya saja, mereka tak faham yang kita dah kena buli. Abah telah lewat untuk pergi ke tempat kerja, lalu meninggalkan aku kerana tidak berjaya memujuk aku ke sekolah. Saya ini bukanlah keras kepala tapi suka buat protes sejak kecil lagi, kata ma saya. Kalau tidak dapat kehendak saya, saya akan menghantuk kepala di dinding rumah. Hari itu saya tidak ke sekolah dan hanya menonton kartun kegemaran saya iaitu Ultaraman, Tom and Jerry, Mickey Mouse dan sebagainyalah. Saya kalau dapat tengok kartun, tidak akan pergi kemana-mana lagi, hanya terperap didepan televisyen saja. Saya sebenarnya peminat Masked Rider terutama Kuuga dan Black dan Black RX.

![]() |
| Antara Wira-Wira Masked Rider |


Sdr Farhan
BalasPadamtulis dengan imaginasi dan pada masa yang sama menawarkan kebijaksanaan!
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny