Sabtu, 30 November 2013

Tanggang Ke Aku ?

Pagi ini dimulai dengan kesedihan dan kerinduan. Semasa menuruni bukit kawasan kolej kediaman, aku melihat satu keluarga bahagia sedang menghantar anaknya ke sebuah kolej kediaman yang lain. Ibunya memeluk dan mencium pipi anaknya itu. Hati aku tersentuh mungkin kerana sudah lama aku tidak melihat wajah ibubapaku dan hanya sekadar mendengar suara dari speaker telefon sahaja. Melihat lambaian adik-beradik yang masih kecil ia amat mirip seperti keluarga aku, dan memgambarkan budak perempuan tadi adalah anak sulung dalam keluarganya. Bukan ibubapa aku tidak mahu datang melawat, tetapi aku kadang-kadang menghalang mereka untuk datang berjumpa aku disini. Mungkin macam Tanggang dah aku ini, namun ia tidaklah seperti tanggang. Dalam fikiran aku ada beberapa alasan yang munasabah bagi aku untuk tidak benarkan mereka datang melawat aku. Yang pertama kerana jarak yang jauh dari Kelantan ke Bangi mengambil masa yang jauh dan memerlukan tenaga yang kuat. Keadaan umur ma dan abah bukanlah semakin hari semakin muda. Dalam perjalanan itu apapun boleh terjadi. Benda inilah yang menganggui fikiran aku sebenarnya. Keduanya adalah wang. Untuk datang ke tempat aku, mereka perlu menggunakan wang yang banyak. Bukan mereka tiada duit tapi bagi aku duit itu moleklah digunakan untuk perbelanjaan sekolah adik-adik aku. Hendak datang ke Kuala Lumpur bukan sahaja rehat dan badan kita sahaja kena sihat, kereta pun perlu dalam keadaan yang baik. Servis enjin, tukar tayar dan minyak hitam itu pun telah menelan belanja yang besar. Baiklah abah dengan ma beli barangan dapur untuk keluarga. Sekali fikir, bagus juga kalau ma abah dan adik-adik datang semasa aku bergraduasi. Masa itu aku telah membuktikan aku adalah anak sulung dan abang yang telah berjaya. Semoga semua ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tuhan panjangkan umur aku, kedua ibapaku dan sekalian ahli keluargaku. Berilah kejayaan dan kecemerlangan kepada seluruh keluargaku. Lindungi mereka didunia dan diakhirat kelak. Amin.

1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam