Seperti
“Kijang Masuk Kampung” itulah ungkapan pertama kami 4 sahabat yang datang dari
Kelantan. Hendak ke Kuala Lumpur untuk membeli laptop kerana baru sahaja mendaftar
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengenali mereka ini semasa Minggu Mesra
Pelajar. Aku memberitahu mereka yang aku ingin membeli sebuah laptop dan Alif
mencadangkan supaya membelinya di Kompleks Low Yat. Pada cuti minggu itu, kami
berempat Aku, Alif, Roy dan Amar telah menaiki bas Rengit ke KTM. Apabila
sampai di stesen KTM, kami saling tolak-menolak, bukan berebut nak beratur tapi
tidak tahu cara untuk membeli tiket dan stesen manakah sepatutnya aku turun
selepas ini. Aku jugalah kena beranikan diri untuk bertanya semasa membeli
tiket.
Tiba-tiba datang sebuah keretapi dan
tertulis dipapan kenyataannya ( SG.GADUT). Aku dan yang lain tidak naik
keretapi itu, sebab ia menuju ke Sg. Gadut. Keretapi itu meneruskan
perjalanannya dan kami setia menunggu keretapi yang menuju ke KL Sentral. Hati
aku ini terdetik mencari sesuatu, aku melihat suatu papan seperti lalaun
perjalanan keretapi. Aku tergelak seperti orang tak betul di stesen KTM itu,
nasib baik tidak ramai orang sangat kerana mereka yang lain dah sampai ke
destinasi. Yang aku gelakkan ini adalah kerana keretapi yang menunjukkan Sg.
Gadut merupakan laluan ke KL Sentral juga. Aku memberitahu kepada mereka yang
sebenarnya kita ini dah ketinggalan keretapi, bukan ketinggalan tapi tak nak
naik awal. Rasa tergelak ini terus-menerus sehingga kami menaiki keretapi
menuju KL Sentral. Apabila sampai di KL Sentral tidak jumpa pintu keluar daripada
stesesn itu. Habis kawasan kami tawaf, akhirnya dapat juga ditemui. Itulah
pengalaman yang paling mencuit hati kami bersama sampai sekarang.
![]() |
| Stesen KTM, UKM |

Assalamualaikum, singgah baca entri di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
BalasPadamYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny